CREDIT TO SHAK!!!
Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional?Menurut Kamus Dewan permainan tradisional ialah permainan budaya yang sudah dimainkan oleh sesuatu masyarakat tertentu seperti masyarakat kita permainan gasing,wau dan congkak menjadi permainan tradisional. Hiburan melalui media massa adalah salah satu punca mengapa permainan tradisional diketengahkan oleh masyarakat kita. Oleh itu, banyak usaha yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan tradisional ini terus tersemat dalam minda masyarakat kita.
Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan ialah pihak sekolah boleh menjadikan permainan ini sebagai aktiviti kokurikulum yang boleh disertai oleh para pelajar. Hal ini kerana para pelajar dapat didedahkan dengan permainan tradisional sejak muda lagi. Jadi para pelajar akan memahami betapa pentingnya mengamalkan permainan tradisional ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal lagi ini dapat memberikan impak yang maksima dalam jiwa seorang pelajar. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Di samping itu, kita boleh menggunakan kemudahan media massa dengan cara yang betul iaitu dengan mengadakan promosi yang berkesan tentang permainan tradisional di media massa. Kita boleh menayangkan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan tradisioanal. Hal ini demikian akan menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat akan kepentingan permainan tradisional. Sesungguhnya, iklan dan promosi yang sesuai akan memberi semangat baru pada permainan ini untuk terus maju dan berkembang dalam masyarakat moden kita. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Seterusya, pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang penting dengan menyediakan lebih banyak tempat untuk memudahkan masyarakat memainkan permainan ini. Contohnya permainan wau dan gasing yang memerlukan tempat lapang untuk dimainkan. Kemudahan tempat-tempat atau gelanggang ini akan memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama memainkan permainan ini. Secara tidak langsung masyarakat akan mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Bak kata pepatah masa itu emas.
Selain itu, pihak yang tertentu seperti Kementerian Kesenian dan Kebudayaan harus mengorak langkah yang besar untuk memajukan warisan budaya ini. Warisan budaya ini iaitu permainan tradisional ini perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat penganjur atau syarikat-syarikat untuk menajanya. Seperti kata pepatah yang sangat popular, tak kenal maka tak cinta.
Intihannya, pelbagai inisiatif yang boleh dilakukan demi memastikan visi warisan budaya ini tidak hilang ditelan arus modenisasi. Sifat rakyat Malaysia pada zaman ini yang seperti habis madu sepah dibuang haruslah dikikis untuk kepentingan Negara kita. Warisan permainan tradisional ini haruslah dipelihara sebaik-baknya agar tidak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.